Khamis, 19 Oktober 2017

PENTAKSIRAN KEPADA PEMBELAJARAN (AOL)

PENTAKSIRAN KEPADA PEMBELAJARAN (AOL)
Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) adalah berbentuk sumatif secara semula jadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan, mendemonstrasikan sama ada mereka berjaya
mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain.
            Pendidik dan guru memberi tumpuan dan penekanan dalam memastikan mereka telah menjalankan dan menggunakan pentaksiran bagi tujuan memberikan dan membekalkan kenyataan yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan pelajar dan murid. Ini juga akan memastikan agar penerima maklumat dan informasi boleh menggunakan maklumat tersebut untuk menghasilkan keputusan yang dapat memberi penjelasan dan kenyataan.
PERANAN PENDIDIK DALAM PENTAKSIRAN KEPADA PEMBELAJARAN
Oleh kerana pentaksiran kepada pembelajaran merupakan sesuatu yang sukar untuk dicapai dan menjejaskan pelajar secara serius, guru bertanggungjawab dalam menyediakan laporan pembelajaran dengan tepat dan adil, berdasarkan maklumat dan bukti yang diperolehi dari pelbagai konteks dan aplikasi. Pentaksiran pembelajaran yang berkesan memerlukan guru menyediakan:
  • ·         kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada pembelajaran tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang tertentu
  • ·         kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan
  • ·         proses yang membolehkan murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan
  • ·         kadar mekanisme alternatif bagi mentaksir hasil yang sama
  • ·         penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan