Jumaat, 27 Oktober 2017

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Konsep Asas Pentaksiran Bilik Darjah



Konsep Asas

PENGUJIAN

Merupakan satu cara sistematik untuk mengukur
perubahan tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajaran.

Tujuan :
  1. Mendapatkan maklumat tentang pencapaian murid (kognitif, psikomotor, afektif)
  2. Menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai.
Menurut Conbach, 'ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori'.

Alat Pengukur:
  • Pemerhatian
  • Ujian formal


PENGUKURAN
Suatu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kualitatif suatu benda, perkara atau keadaan. Merangkumi aspek pengujian (menggunakan skala ordinal dan skala selang) untuk menentukan aspek pencapaian murid.

Skala Ordinal : Digunakan untuk menempatkan pangkatan atau kedudukan murid mengikut markah dalam ujian.
Skala Selang : Mengandungi markah dan gred digunakan untuk menentukan pangkatan, perbandingan antara murid di dalam kelas yang sama atau berlainan kelas dalam penguasaan sesuatu topik.

Pengukuran juga boleh dilakukan tanpa pengujian.
Contohnya, kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian, sementara pengetahuan dan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.


PENILAIAN
Penilaian digunakan dalam pelbagai bidang dan mempunyai matlamat sendiri. Tujuan penilaian adalah untuk membolehkan seseorang membuat anggaran sama ada matlamat yang ditetapkan tercapai atau sebaliknya. Maklumat dan bukti penting dalam penyelesaian masalah. 

Gay (1985) menyatakan bahawa "penilaian adalah suatu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai atau sebaliknya." 

Penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kualitatif atau kuantitatif.
Contoh kualitatif : Ali dapat melukis gambar Akmal dengan cepat dan kemas.
Contoh Kuantitatif : Gred (seperti A, B, C D)

Suatu proses atau sistem yang meliputi aktiviti-aktiviti seperti:
  • ·         mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti PdP
  • ·         membuat analisis dan keputusan
  • ·         mengambil tindakan sewajarnya





Tiada ulasan:

Catat Ulasan