INSTRUMEN DALAM PENTAKSIRAN BAHASA
Dari sudut praktikalnya, instrument adalah
alat (tool) daripada mana respons murid diperoleh untuk dinilai bagi menentukan
tentang diri seseorang murid itu, daripada aspek kognitif atau pun bukan
kognitif atau dari segi
konstruk yang ingin dbangunkan – pengetahuan, kemahiran dan nilai. Instrumen terdapat dalam banyak bentuk sama ada secara lisan, pemerhatian dan yang paling kerap ialah secara bertulis. Contoh penggunaan instrument dalam pentaksiran bahasa seperti berikut:

Rasional Pemilihan Kemahiran Bahasa : Menulis
Guru memilih kemahiran menulis untuk
diajar kepada murid Tahun 3 kerana dapat mendirikan asas menulis yang kukuh
bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas seterusnya
melatih murid-murid mengenali dan mempertingkatkan kepekaan mereka terhadap
perkataan-perkataan tertentu. Kefahaman murid-murid terhadap makna atau konteks
perkataan dan boleh menggunakannya dalam konteks situasi yang betul dan lantas
meningkatkan perbendaharaan kata murid-murid.
Setelah menguasai tulisan mekanis,
murid-murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis.
Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu
berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan
ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan
tanpa panduan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan