Sabtu, 4 November 2017

PENGUJIAN

Pengujian merupakan salah satu cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajaran.

Konsep Ujian
  • Satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang murid dalam sesuatu bidang.
  • Satu prosedur yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada segala aspek tingkah laku seseorang individu.
  • Suatu alat yang bersistem bagi membuat perbandingan prestasi atau tingkah laku antara dua atau beberapa individu
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor atau sistem yang berkategori.

Menurut Raminah Haji Sabran (1991), ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian dan pengadilan.

Tujuan Pengujian
  • ·        Membantu murid-murid membina sikap positif terhadap pengajaran guru
  • ·        Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran.
  • ·        Laporan kepada penjaga murid
  • ·  Guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari

Proses-proses Pengujian
1.   Persediaan
2.   Pelaksanaan (Pentadbiran ujian)
3.   Pemeriksaan
Jenis-jenis Pengujian
v Ujian Pencapaian
v Ujian Bakat
v Ujian Kemahiran








Tiada ulasan:

Catat Ulasan